Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D
Hei ho hei ho, bangun awal pagi sebab ada meeting. Asalnya nak pergi One Utama, tapi disebabkan Laily cuti hari Isnin je (ya beliau kerja, saya x), terpaksa lah buat meeting MPP, namun selepas itu pergi jua hehehe. Alang² menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak. Ya daftar untuk sem baru terus, sambil mendapatkan voucher buku 1 Malaysia hei ya hok hek!
Sampai OU, cari parking dekat dengan Rainforest, oh macam dalam hutan dah. Ikan² Koi di situ sangat gemuk dan besar. SANGAT. Perjalanan dimulakan dengan pencarian Nokia Care Centre, jumpa. Abang² di situ sangat friendly, walaupun muka biasa je. Ya itulah pekerja yang dicari, rupa boleh buang ke tepi ya puan². Untung lah abang tu kirim salam dekat my wonder girls, benci.
Next, misi pencarian McDonalds, failed, terpaksa berpusing² dan pusing. Sampai seluar Adda dah longgar sebab lapar sangat haha. Jumpa memang jumpa, meja dekat situ pulak kecik. Rasa macam nak beli McD tapi bawa ke KFC di seberang. Ayam goreng xada, sangat sedih lagi berdukacita. SANGAT. Belilah McChicken. Sedih. Makan gossip makan gossip makan tercekik gossip. Siap. Bowling jom!
Ehhhh beli selipar Fipper dulu, wow banyak pilihan, tapi size xde, sangat sedih. SANGAT! Beli dua pasang, tapi lepas dah sampai rumah baru perasan, satu classic satu slick. Kelakar. Nak buat trend sebelah colour lain sebelah lagi colour lain. Nak tengok siapa lagi buat macam tu ;)
U-Bowl sangat best! Tempatnya just nice. See? Saya nak main dekat mana² pun boleh, but at first kena lah tengok budget semua orang. Bukannya jadi selfish nak pergi tempat high class semata² mengikut kemahuan sendiri. Harga kasut macam biasa RM2, harga game untuk student RM4 per game.
#Bersedia untung baling! Masuk longkang...
#Adda bergaya habis! Aimie berusaha yaw!
#Laily dah ada gaya, tapi masuk longkang hehehe~
#First & second score. Laily maju hehehe~
Mula² nak main satu game je, tapi disebabkan ketidakpuasan hati, tambah lagi satu game. Entah macam mana Adda boleh pandai pulak, strike dua kali berturut². Jelous. Tapi Abang E.Z dekat lane sebelah sangat comel tahi lalatnya. Kau ada? Rasanya kami lah paling bising, nak buat macam mana, kami memang loudspeaker.
#Inilah abang E.Z tu, comel kan hohoho. Credits to Aimie.
Penat penat main bowling, teringat pasal voucher buku, tapi haus? Ya Chatime sangat sodap! Yang paling kelakar bila staff dekat kaunter tu cakap bahasa cina, saya pun mengiakan je lah sampai masa nak bayar baru cakap bahasa melayu. Padan muka. Pada masa yang sama, Adda dan Laily shopping dekat Popular yang kebetulan terjumpa :P
Kan dah cakap, gerenti sesat. Bukan sesat nak mencari OU, tapi nak keluar dari bangunan OU tu. Sedih kan? Kami budak baru belajar, so kalau nak pandang rendah pandang lah, memang rendah pun kecuali Adda pakai wedge hari ni. Rasanya turun berat badan jalan² dekat OU, sampai sesat x gitu.
Bila lah boleh berdating dengan Raziya nih...
Selamat malam.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
No comments:
Post a Comment