Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D
Alhamdulillah syukur ke atas hadrat Illahi kerana saya masih bernafas di atas muka bumi ini.
Malam tadi kononnya nak study, sekali tidak dapat menumpukan perhatian kerana blur tahap _______________ (sila isi tempat kosong). Lalu memasang alarm clock, berhajat ingin bangun awal dan study. Heh study dalam mimpi adalah! Alarm clock xdengar, entah ON ke x, Allah je Maha Mengetahui.
YES! Dapat park kereta depan kolej, memang itu idaman semua pelajar yang memandu kereta ke kolej. Rezeki pula bertambah apabila Mr. Pala, my lovely lecture yang mempunyai favourite quote tersendiri (kamu orang macam otak lembu / kayu mati) memberikan extra tips yang tiada bandingannya.
Alhamdulillah sekali lagi kerana dapat jawab paper Essential Business Communication Skill dengan HEBAT! Extra tips yang memberangsangkan gitu! Thanks Mr. Pala, I love you. Xrugi keluar rumah pukul 8.30 AM walaupun muka mengantuk mata panda x cukup tidur. Rumah xde lah jauh mana. Lebih kurang tambah tolak darab bahagi enam kilometrico je xtermasuk poco² :)
Sangat cuak hingga hampir tercirit apabila kunci kereta tercicir dari keychain. Hebat x? Habis lunch bersama Wonder*pet* Girls, lalu saya berjalan dengan riang ria menuju ke arah kereta yang kotor dengan debu² cinta. Ditekannya remote alarm kereta, pintu dibuka, time nak start engine, jeng³ what the fisherprice, kunci kereta tiada.
Semua bertenang sehingga boleh poco² di tengah² hari yang terik. Masuk kedai makan semula, pusing² tunduk tonggek guling², NO kunci, kepala dah serabut, jejak balik jalan yang diambil ketika keluar dari kereta menuju ke kedai makan, NO kunci. Hati mula gegar hingga hampir tercirit. Wonder Girls semua risau sebab salah satu dari kami ada paper *show*. Selongkar dalam kereta, tempat kaki, still NO kunci. Kami sedih.
Allah s.w.t telah menggerakkan hatiku untuk mengangkat beg, yes kunci tercabut dan tercicir di bawah beg itu. Sangat nakal. Baru teringat, sambil pegang kunci sambil struggle dengan beg sebab nak ambil handphone dan purse dalam tu. Tahniah di ucapkan, lepas ni kunci kereta gantung dekat hidung, baru terasa sikit.
Kepada beliau, sorry sebab xdapat nak dinner sama². Biasalah semenjak single ni handphone kurang diperlukan. Pagi tadi exam so handphone haruslah di silent kan. And then tengok sekali dua lepas habis exam lalu diabaikan dengan melontarkan beliau semula ke dalam beg. Sampai tadi baru keluarkan balik. Sorry :)
Selamat malam.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
No comments:
Post a Comment