Monday, January 16, 2012

Chapter Nine : Girls day out .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Hei ho hei ho, bangun awal pagi sebab ada meeting. Asalnya nak pergi One Utama, tapi disebabkan Laily cuti hari Isnin je (ya beliau kerja, saya x), terpaksa lah buat meeting MPP, namun selepas itu pergi jua hehehe. Alang² menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak. Ya daftar untuk sem baru terus, sambil mendapatkan voucher buku 1 Malaysia hei ya hok hek!

Sampai OU, cari parking dekat dengan Rainforest, oh macam dalam hutan dah. Ikan² Koi di situ sangat gemuk dan besar. SANGAT. Perjalanan dimulakan dengan pencarian Nokia Care Centre, jumpa. Abang² di situ sangat friendly, walaupun muka biasa je. Ya itulah pekerja yang dicari, rupa boleh buang ke tepi ya puan². Untung lah abang tu kirim salam dekat my wonder girls, benci.


Next, misi pencarian McDonalds, failed, terpaksa berpusing² dan pusing. Sampai seluar Adda dah longgar sebab lapar sangat haha. Jumpa memang jumpa, meja dekat situ pulak kecik. Rasa macam nak beli McD tapi bawa ke KFC di seberang. Ayam goreng xada, sangat sedih lagi berdukacita. SANGAT. Belilah McChicken. Sedih. Makan gossip makan gossip makan tercekik gossip. Siap. Bowling jom!

Ehhhh beli selipar Fipper dulu, wow banyak pilihan, tapi size xde, sangat sedih. SANGAT! Beli dua pasang, tapi lepas dah sampai rumah baru perasan, satu classic satu slick. Kelakar. Nak buat trend sebelah colour lain sebelah lagi colour lain. Nak tengok siapa lagi buat macam tu ;)

U-Bowl sangat best! Tempatnya just nice. See? Saya nak main dekat mana² pun boleh, but at first kena lah tengok budget semua orang. Bukannya jadi selfish nak pergi tempat high class semata² mengikut kemahuan sendiri. Harga kasut macam biasa RM2, harga game untuk student RM4 per game.

#Bersedia untung baling! Masuk longkang...

#Adda bergaya habis! Aimie berusaha yaw!

#Laily dah ada gaya, tapi masuk longkang hehehe~

#First & second score. Laily maju hehehe~

Mula² nak main satu game je, tapi disebabkan ketidakpuasan hati, tambah lagi satu game. Entah macam mana Adda boleh pandai pulak, strike dua kali berturut². Jelous. Tapi Abang E.Z dekat lane sebelah sangat comel tahi lalatnya. Kau ada? Rasanya kami lah paling bising, nak buat macam mana, kami memang loudspeaker.

#Inilah abang E.Z tu, comel kan hohoho. Credits to Aimie.

Penat penat main bowling, teringat pasal voucher buku, tapi haus? Ya Chatime sangat sodap! Yang paling kelakar bila staff dekat kaunter tu cakap bahasa cina, saya pun mengiakan je lah sampai masa nak bayar baru cakap bahasa melayu. Padan muka. Pada masa yang sama, Adda dan Laily shopping dekat Popular yang kebetulan terjumpa :P

Kan dah cakap, gerenti sesat. Bukan sesat nak mencari OU, tapi nak keluar dari bangunan OU tu. Sedih kan? Kami budak baru belajar, so kalau nak pandang rendah pandang lah, memang rendah pun kecuali Adda pakai wedge hari ni. Rasanya turun berat badan jalan² dekat OU, sampai sesat x gitu.

Bila lah boleh berdating dengan Raziya nih...

Selamat malam.

Wednesday, January 11, 2012

Chapter Eight : Selamat tinggal final exam .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Dengan ini bermulalah cuti semester yang membosankan. Mula² masuk kolej, bising gila bila tahu cuti seminggu untuk short sem, dua minggu untuk long sem, tapi sekarang ni, dua minggu pun dah kira lama gila nak mampus *hampir²*. Kononnya cuti sem ni kolej nak buat rombongan pergi Port Dickson, sekali si sponsor free bulan tiga daaaa. Sangat sedih, penat je beli sunglasses dan topi pantai *bajet je*, geram. SANGAT.

Jyeah! Final exam sudah pun tamat. Pergi main bowling dekat Klang Parade yang x seberapa tu. Oke lah saya hormati dan ikut budget semua orang. Kalau nak main dekat KL boleh je yaw. Then pergi jalan² dengan Adda, Laily, Fuad, Din dan juga Bear. Hihi sayang korang lebih. Nanti aku lempang sorang² sebab sayang sangat. SANGAT. Ha macam ni lah rupa saya main bowling tadi *kot*.


By the way, saya dah tahu jalan pergi ke One Utama ;D Sangat seronok *batak dan kasihan*. Lepas ni xmau pergi Sunway Pyramid dah, kita pergi ke One Utama pula oke. Yeehaw! (Berusaha untuk mengingati jalan ke OU kerana di sana terdapat kedai Fipper! Oh xsabar nak beli Fipper baru~ Haha Fipper murah je, xmampu nak beli Banana Peel yang harap RM5O seketul, xsampai tiga bulan dah putus. Damn it.)

Oke lah, sangat penat. SANGAT. Nak mesej dengan beliau.

Selamat malam.

Monday, January 9, 2012

Chapter Seven : Kemalasan .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

How are you'olls? Oke saya mengaku sangat malas nak update blog. Bukan xnak, tapi tertangguh. Mana cukup 24 jam satu hari, patut nya satu hari ada 360 jam *darjah*, baru terasa masa itu cukup dan diri ini muda *xnak mengaku dah tua*.

Takziah diucapkan buat diri sendiri kerana selipar Fipper terkorban demi menyelamatkan tuan sendiri, saya amat berbangga dengan beliau. Xsampai dua bulan umur beliau, sudah pergi buat selama²nya. Ini semua salah tempat parking Plaza Alam Sentral. Tiba² ada binaan yang mempunyai empat kepala skru yang timbul. Tempat gelap siapa yang akan nampak? Lebih² orang rabun macam saya. Agaknya kalau terkena kaki mesti koyak kulit. Kari ngeri.

Hari ini hari Isnin. Merajinkan diri pergi ke kolej untuk check carry-mark. Alhamdulillah boleh tahan markahnya. Tengok balik jadual untuk semester depan, masih sama. Ya Allah, sadis sungguh! Bonchet masuk bilik tanpa bagi salam, sangat geram. Bulu juga masuk bilik buat bising, terbangun dari tidur, sangat geram.

Good luck untuk exam saya esok. Sangat seronok video call dengan pakwe² di Penang. Haha!

Selamat malam.

Saturday, January 7, 2012

Chapter Six : Timetable yang memberangsangkan .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Semalam seharian bersuka ria bersama my lovely Adda. Over night di rumah beliau kerana ibu bapanya balik kampung~ Sangat seronok oke. Gelak² sampai nak retak dinding. Kami main keyboard, walaupun cap China, sangat best! Lain kali kita main lagi ya sayang. Macam biasa, gossip² panas haruslah ada, kalau xada memang bosan hidup. Dekat pukul 2 jugaklah tidur, xtau kenapa. Puas golek kiri kanan atas bawah. Rindu dekat rumah lah tu. Gedik. Hanya mampu pillow fight dalam mimpi je.

Pagi tadi lepas hantar Adda pergi kolej, balik rumah untuk jumpa Hannah. Sangat rindulah, meleleh hingus teringatkan budak kecik sorang ni. Sidai kain kacau adik sapa boncet poco² mandi manda siap² keluar rumah. Pergi ambil my Wonder Girls dekat kolej untuk berpacaran. Lunch dekat Seksyen 2 Shah Alam. Ya mereka sangat merindui air gelas gergasi. Murah dan banyak ;) Pergi Tasik Shah Alam, Plaza Alam Sentral, balik.

Balik² je nampak abang pegang Hannah, oh tidak dapat tahan lalu mendukung beliau, Hannah ye bukan papa nya.
 Comel x kami? Sangat seronok bila dapat dukung Hannah, xkisah lah dia menangis ke, tapi sangat comel bila dia berkomunikasi dengan saya. Hannah is a very smart baby :) Oke lah sayang, Cik Im pass balik dekat papa ye (tangan dah lenguh), jangan nakal² ;9

Ketika menunggu Wonder Girls di kolej, telah pun keluar notis tentang pendaftaran semester baru. Sudah dapat hidu bau² kertas baru di photostat. Mamamia, sangat tepat. Tertampalnya senarai subjek dan jadual dengan megah dan bongkak di information board dekat tempat admin. Hebat dan syabas. Sangat awal? Exam pun belum habis.


Macam mana? Jadual baru ini sangat sweet lagi menyakitkan hati. Cuti 4 hari seminggu setelah dikerah tenaga pada hari Isnin. First time lah kelas sampai malam, 2D Animation. Disebabkan student full time seorang sahaja yang ambil subject tu (saya), so terpaksa combine dengan student part time. Hai nama saya Iman, sila tunjuk ajar.

Perut bertambah kembang setelah dinner BESAR, sangat mengantuk. SANGAT.

Selamat malam.

Thursday, January 5, 2012

Chapter Five : Dunia akhir zaman .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Hari ini xbuat banyak kerja, hanya mampu berpoco². Oke lah pagi tadi pergi JJ Bukit Tinggi Klang, bawa adik kesayangan *geli*. Banyak sungguh dia beli makanan, sangat takut. Thanks sebab belanja dorayaki tiga biji yang disental oleh Papa Hannah.

Tadi lunch dekat Seksyen 2 Shah Alam dengan adik dan seorang tetamu jemputan, Mr A. yang gila. Sangat terkejut bila dia bertutur dalam Bahasa Melayu. Semakin kurus, sangat kurus. Hei bilalah nak berisi ni ;(

Semalam ada lah tertengok satu album dekat facebook ni, tajuknya Remaja Zaman Kini. Apakah reaksi saya? Dunia akhir zaman. Fesyen yang xtentu hala, merosakkan akidah Islam. Kalau yang gothic lolita tu pakai untuk cosplay xpe lah *kot*, ni pakai untuk jalan². Oh sangat tidak hebat. Ya Allah, aku bersyukur kerana Kau membuatkan badanku GEMUK lagi xMENARIK. Sebab apa? Sebab aku sedar yang aku xkan sesuai untuk pakai dan xkan pakai yang ketat² dan pendek². Nampak hodoh lagi buruk. Allah loves me :)

Kawan², doakan saya dapat sebuah projek untuk membina corporate website, kalau dapat InsyaAllah saya akan menggunakan wang bayaran dengan membeli Blackberry Torch 9860. Hehe bolehlah ber BBM dengan kawan² ;P

Oke lah nak pergi War of Emperium dalam Ragnarok Online, kalau korang rajin join ar, kami memerlukan lagi ahli :D Server Skypiea oke!

Nak minta tolong sikit, tolong like kan gambar kawan saya dekat link bawah ni ye :) Jasa anda akan saya hargai sehingga nyanyok.


Selamat malam.

Wednesday, January 4, 2012

Chapter Four : Exam oh exam

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Alhamdulillah syukur ke atas hadrat Illahi kerana saya masih bernafas di atas muka bumi ini.

Malam tadi kononnya nak study, sekali tidak dapat menumpukan perhatian kerana blur tahap _______________ (sila isi tempat kosong). Lalu memasang alarm clock, berhajat ingin bangun awal dan study. Heh study dalam mimpi adalah! Alarm clock xdengar, entah ON ke x, Allah je Maha Mengetahui.

YES! Dapat park kereta depan kolej, memang itu idaman semua pelajar yang memandu kereta ke kolej. Rezeki pula bertambah apabila Mr. Pala, my lovely lecture yang mempunyai favourite quote tersendiri (kamu orang macam otak lembu / kayu mati) memberikan extra tips yang tiada bandingannya.

Alhamdulillah sekali lagi kerana dapat jawab paper Essential Business Communication Skill dengan HEBAT! Extra tips yang memberangsangkan gitu! Thanks Mr. Pala, I love you. Xrugi keluar rumah pukul 8.30 AM walaupun muka mengantuk mata panda x cukup tidur. Rumah xde lah jauh mana. Lebih kurang tambah tolak darab bahagi enam kilometrico je xtermasuk poco² :)

Sangat cuak hingga hampir tercirit apabila kunci kereta tercicir dari keychain. Hebat x? Habis lunch bersama Wonder*pet* Girls, lalu saya berjalan dengan riang ria menuju ke arah kereta yang kotor dengan debu² cinta. Ditekannya remote alarm kereta, pintu dibuka, time nak start engine, jeng³ what the fisherprice, kunci kereta tiada.

Semua bertenang sehingga boleh poco² di tengah² hari yang terik. Masuk kedai makan semula, pusing² tunduk tonggek guling², NO kunci, kepala dah serabut, jejak balik jalan yang diambil ketika keluar dari kereta menuju ke kedai makan, NO kunci. Hati mula gegar hingga hampir tercirit. Wonder Girls semua risau sebab salah satu dari kami ada paper *show*. Selongkar dalam kereta, tempat kaki, still NO kunci. Kami sedih.

Allah s.w.t telah menggerakkan hatiku untuk mengangkat beg, yes kunci tercabut dan tercicir di bawah beg itu. Sangat nakal. Baru teringat, sambil pegang kunci sambil struggle dengan beg sebab nak ambil handphone dan purse dalam tu. Tahniah di ucapkan, lepas ni kunci kereta gantung dekat hidung, baru terasa sikit.

Kepada beliau, sorry sebab xdapat nak dinner sama². Biasalah semenjak single ni handphone kurang diperlukan. Pagi tadi exam so handphone haruslah di silent kan. And then tengok sekali dua lepas habis exam lalu diabaikan dengan melontarkan beliau semula ke dalam beg. Sampai tadi baru keluarkan balik. Sorry :)

Selamat malam.

Tuesday, January 3, 2012

Chapter Three : Masa untuk study .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Esok exam, hari ini baru nak bukak nota bagai. Akan tetapi nasib menyebelahi saya kerana dapat tips² untuk paper esok. Thanks to Aimi & Adda. Akan ku cium kalian esok hari. Alhamdulillah. Dah lah pagi tadi bangun ingatkan hari ini exam *gelabah mak nenek sorang²*! Tu lah, cuti punya lama study pun x, ini namanya nak graduate? Maaf le, sebagai seorang student, haruslah kita prepare awal² untuk study *last minute*.

Adalah seorang sahabat yang agak lama terputus hubungan, muncul balik. Dia sangat suka menggunakan english language untuk berkomunikasi dengan saya *poyo kan? Gurau je*. Well I think it's good because it will improve my language. Semalam jugaklah first time dia chat dalam Bahasa Melayu, sangat pelik rasanya. Sorry to say, my writing skill may look like I'm good in english, but when it comes to speaking, I'm not that good. That's my confession.

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Salah. Notebook cooler saya patah dan tidak tumbuh sama sekali. Nak beli baru poket rasa macam koyak, lupa nak jahit sebelum tahun baru. Jadi terpaksa la menggunakan cloth tape untuk repair benda alah tu balik. Ada yang tanya, "camne bleh patah beb?". Dengan selamba babun saya menjawab, "notebook cooler saya ada stand, boleh naik turun, laptop pun berat, so faham² je lah". Lalu dengan mulut yang tidak berinsuran beliau menjawab "ha laptop berat ikut tuan dia lah tu" dan beliau tergelak kecil. Sentap. Putus kawan.

Oke lah adik² yang masih di bangku persekolahan, ini sedikit checklist untuk anda;

☐ Gosok baju sekolah. (tolong berdikari sikit, jangan nak suruh ibu atau bibik gosok)
☐ Balut buku teks, rampaian. (sekarang semua makin malas, guna pembalut instant)
☐ Kapur kasut. (yang pakai kasut kanvas hitam kapur jugak, jangan jadi racist)

Memandangkan sudah masuk tiga tahun meninggalkan alam persekolahan, saya sudah lupa apa yang harus dilakukan sehari sebelum masuk sekolah untuk sesi yang baru. Time sekolah suka tidur masa jawab exam, sekarang x sempat rasanya.

Baru tadi terbaca sesuatu yang kawan post di facebook, kelihatan beberapa individu MELAYU yang berkelakuan tidak sopan mengambil gambar di tanah perkuburan CINA. Dei Nieysa Jr Blinky & Syafikal Amiral (nama facebook lahanat berdua tu) please show some respect to other race & religion. Macam mana lah kaum & agama lain nak hormat kaum & agama kita sendiri? Inilah budak² MELAYU yang mentaliti tahap orang kampung makan babi bela anjing. Sorry it seems sound very rude, but it suits both of you. Hanya disebabkan korang berdua habis "MELAYU" yang kena tempias.

Lagi satu, Nur Amalina Che Bakri, 17A1 SPM 2004. Sila kembali ke pangkal jalan.

Selamat malam.

Monday, January 2, 2012

Chapter Two : Masa yang terbuang .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Inilah manusia, xpernah nak bersyukur, termasuklah diri ini. Cuti sekejap pun bising, cuti lama pun bising. Kalau cuti² Malaysia oke kot! Ye lah pergi melancong ke U.K kan, xgitu? Ulu Klang je saya mampu.

Pagi tadi Bonchet xbalik, pergi bermohon kasih di kedai Bhai depan rumah rupanya. Untunglah kucing pun pandai bercinta. Bukan seekor, tapi berekor². Kau mampu? Tapi kalau dah putus, tau pulak nak balik rumah lalu menggedik² dengan tuannya sambil membuat muka seposen. Dasar binatang punya kucing.

Exam dah mula main cak² dengan saya, sangat menyampah *padahal sendiri malas belum study*, siapa dah study untuk final korang sila angkat tangan dan tarik bulu ketiak sampai putus. Yang dah shave tu pandai² le korang tarik bulu ketiak orang yang berhampiran. Tiga final project sudah lama settle. Nasib baiklah tiga subjek saja yang exam bertulis *walaupun salah satu subjek tu xsepatutnya ada exam sebab dah ada final project*. Kamu, wish me luck.

Dah naik bosan dengan cuti, bayangkan cuti start dari tahun lepas [2O.December.2O11] sampai tahun ni [O3.January.2O12.]. Lama kan? Sangat rindu dengan kolej sebab dah lama xtengok muka makcik cleaner yang serious. Paper pun O4, 1O & 11 haribulan je. Lepas tu cuti lagi. Dei kalau cuti dapat extra income xpe lah, ni duit PTPTipu RM1OO pun belum masuk.

Sekolah dah nak start, tiba² rasa sebak dada ni, tersangatlah rindu zaman persekolahan. Menyampah pun ada, sebab kena bangun awal pagi, tahi mata masih melekat. Paling bosan bila gosok baju sekolah yang sama warnanya lima kali seminggu. Bila fikir balik, bosan jugak zaman persekolahan *ayat YENNA YENNI*.

Kepada budak² yang akan memulakan sesi persekolan, selamat maju jaya *padan muka*.

Selamat malam.

Sunday, January 1, 2012

Chapter One : Azam saya .

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera :D

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua yang bergelar manusia, xlupa juga untuk kucing saya yang GEDIK bernama Bonchet.

Hanya mampu menyambut malam tahun baru di depan laptop. Ya sangat sadis. Tapi save duit, xde dapat dosa merayap sana sini tanpa hala tuju.

Seperti yang dijadualkan *cheh macam artis lah pulak*, post kali ini adalah untuk menyatakan AZAM saya ya pada tahun 2O12. Azam 2O11 telah berjalan dengan lancar walaupun ada yang hot² chicken shit.

Saya, Halwatul Iman Abd Aziz ingin;

☐ Menamatkan pengajian dan mendapatkan sijil Diploma dengan keputusan yang memberangsangkan. ( doakan saya )
☐ Menyambut hari kelahiran yang ke-xx. ( saya masih muda oke )
☐ Mendapatkan cinta hati. ( xboleh belah )

Sikitkan? Xde idea lagi lah. Biasa le tengah bukak buku baru, siapa xblur, xgitu?

Oke lah sangat pelik dengan student² yang xreti nak habis belajar dulu dah berhimpun sana sini + politik. Dah nazak baru sedar nak bising sana sini cari salah masing². Semua SALAH, settle. Kalau dah nama MELAYU memang xkan faham bahasa lebih kurang je macam YENNA YENNI.

Ada insan yang berkata "blog kau dah lawa, kenapa xletak ads then promote". Xtao nak jawab ape dah.

Terima kasih kepada yang wish.

Selamat malam.